NEOM memuat naik video terbaru progres kerja projek pembinaan

NEOM telah memuat naik video terkini di saluran YouTube mereka berkenaan dengan progres atau kemajuan kerja projek-projek besar mereka. Projek yang dimaksudkan ialah The Line, Oxagon, Sindalah dan Trojena. Video sebelumnya diterbitkan pada bulan Januari 2023.

YT-NEOM

Putera Mahkota, Mohammed bin Salman sebelumnya pernah berkata “Mereka berkata banyak projek di Arab Saudi tidak akan berjaya dilaksanakan, mereka terlalu bercita-cita tinggi”.

Beliau menambah, “Mereka boleh terus mengatakannya, tetapi kami akan buktikan yang mereka salah”.

Menurut NEOM, di NEOM sudah mempunyai lebih 3000 pekerja dan lebih 60,000 orang pekerja pembinaan berada di tapak projek. Projek-projek itu kini sedang bergerak dengan sangat pantas.

Imej : NEOM

Projek infrastruktur seperti jalanraya, utiliti dan hospital telah pun siap dibina. Sekitar $2 bilion dollar akan dilaburkan ke pelabuhan NEOM dan terminal kontena termaju pertama akan dibuka pada tahun 2025.

Imej : NEOM

Pembiayaan sebanyak $6.1 bilion dollar telah dilaburkan untuk membina loji hidrogen hijau terbesar di dunia untuk menghasilkan ammonia hijau pada 2026 melalui syarikat NEOM Green Hydrogen dengan kerja sama Air Product dan Acwa Power.

Imej : NEOM

Sebanyak $5.6 bilion dollar telah dilaburkan untuk membina 10 komuniti kediaman untuk menempatkan kira-kira 95,000 orang

Syarikat seperti Marriot telah menandatangai perjanjian untuk membuka hartanah di Trojena. Manakala IHG Hotels and Resorts pula di Oxagon.

Selain itu, NEOM juga telah mengumumkan sebuah bangunan pencakar langit baru yang direka bentuk oleh Arkitek terkenal, Zaha Hadid Architects, yang menyerupai kristal dan akan dibina di Trojena.

Bangunan pencakar langit “Crystal-like”, Trojena – Zaha Hadid. Imej via Archdaily

Untuk pengetahuan anda, Trojena telah memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2029 dan ketika ini juga Arab Saudi juga sedang membida penganjuran bola sepak Piala Dunia FIFA 2034 yang juga mungkin akan dianjurkan di Trojena.

Kini Arab Saudi bukan hanya sekadar berangan-angan tetapi mereka telah pun melaksanakan sebahagian pembangunan tersebut. Progres pembinaan sedang sangat rancak berjalan.

Sumber: NEOM

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *