Pameran Teknologi Pembinaan dan Infrastruktur Antarabangsa Malaysia (MBAM OneBuild), merupakan acara yang dianjurkan oleh MBAM OneBuild Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Master Builders Association Malaysia (MBAM) sebagai platform untuk pemain industri pembinaan dan infrastruktur untuk mendapatkan pandangan tentang maklumat dan teknologi pasaran terkini.

Acara bertemakan “Membentuk Masa Depan Pembinaan” telah diadakan baru-baru ini pada 11-13 Oktober merupakan edisi kesembilan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya.
“MBAM OneBuild 2023 bukan sekadar perhimpunan individu dan organisasi, ia adalah bukti komitmen negara kita untuk mendahului masa depan yang berasaskan prinsip kreativiti dan kemajuan yang mampan,” katanya.
Sebanyak 150 peserta pameran yang terdiri dari Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Singapura, China, Jerman dan AS masing-masing mempamerkan produk dan teknologi terkini bagi industri pembinaan dan infrastruktur.
Seperti yang dilaporkan The Star Online, produk tersebut terdiri daripada alat perkakasan dan jentera teknologi pembinaan hijau serta sistem pengurusan saliran, kumbahan dan air sisa seperti sistem bangunan perindustrian (IBS), pemodelan maklumat bangunan (BIM) dan automasi iaitu sistem yang menggunakan mesin atau jentera.
Penerimaan aliran dan teknologi baru dalam industri bukan sahaja akan membawa kepada proses pembinaan yang cekap dan kos efektif tetapi juga menyumbang kepada persekitaran binaan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan berdaya tahan.
Selain pameran, program selama tiga hari itu turut menyediakan demonstrasi secara langsung, sesi rangkaian industri dan seminar eksklusif yang mengetengahkan landskap semasa dan masa depan pembinaan digital di Malaysia.
Sumber, IMEJ: DCSTUDIO | FREEPIK