NEOM Dedah Menara Seakan Kristal oleh Zaha Hadid Architects di Trojena

Gambaran rekabentuk menara seakan kristal telah didedahkan NEOM yang direka oleh Zaha Hadid Architects yang akan diletakkan di resort ski Trojena, Arab Saudi. Trojena merupakan salah satu wilayah pembangunan projek bersekala besar yang dibangunkan NEOM.

Projek menara seperti kristal itu akan mempunyai ketinggian 330 meter telah dibentangkan di Persidangan Cityscape di Riyadh sebagai sebahagian daripada projek NEOM. Menara itu akan terletak di atas gunung dan akan menghadap tasik buatan. Ia akan menjadi elemen penting kepada projek Trojena yang mana, pelan induknya (master plan) telah direka oleh firma arkitek LAVA.

Dari segi rekabentuk, menara itu direka dengan jalur-jalur menegak yang meruncing dan melingkar hingga puncak. Fasadnya seperti bersalut kaca untuk menampakkan bentuknya seperti kristal. Walaupun tidak diketahui butiran lanjut mengenai projek itu namun, ia dijangka akan menjadi salah satu elemen terpenting kepada Trojena. Kedai-kedai, restoren, ruang pameran, pusat membeli belah dan dek pemerhati pasti akan disediakan di bangunan itu.

IMEJ: DEZEEN

Trojena akan mengandungi tempat bermain ski dan akan mempunyai landasan ski sepanjang 36 kilometer. Penyediaan pelbagai ruang aktiviti riadah, konsert, balai cerap dan tasik buatan juga akan dibangunkan di sana.

Menara kristal akan ditempatkan di Kluster Penemuan Trojena. Menurut Neom, ia akan menyediakan “platform yang kaya untuk kandungan dan pengalaman artistik yang inovatif dan berteknologi tinggi”. Ia juga akan disertai dengan muzium terbuka yang terletak berhampiran dua puncak gunung.

Sumber

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *