Projek Menara Dhaka di Ibu Kota Bangladesh oleh Arkitek OMA

IMEJ : Archdaily

OMA merujuk kepada Office for Metropolitan Architecture merupakan firma arkitek yang telah menyediakan cadangan projek rekabentuk Menara Dhaka yang juga merupakan projek pertama mereka di negara Bangladesh itu.

Projek Menara Dhaka ini diketuai oleh Rakan kongsi OMA iaitu Arkitek Iyad Alsaka dan dimajukan oleh syarikat Shanta Holdings. Terletak di daerah Tejgaon, Dhaka, menara ini mempunyai ketinggian sekitar 150 meter dan berkeluasan kira-kira 180,000 meter persegi. Menara ini juga bakal menjadi salah satu bangunan tertinggi di negara itu.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa, ekonomi Bangladesh merupakan salah satu yang berkembang paling pesat di dunia. Selepas 50 tahun kemerdekaan, perkembangan ekonomi negara ini telah diletakkan sebagai negara kedua terbesar di Asia Selatan. Menara ini juga akan menjadi mercu tanda baru bagi ibu negara mereka yang semakin pesat membangun. Apatah lagi, acara pecah tanah projek ini sudah pun dimulakan.

Menara ini akan tersergam megah di tepi Tasik Hatirjheel dengan bentuk segitiga digabungkan dengan bentuk segi empat dan disambuungkan dengan bentuk segi empat tepat di bahagian bawahnya. Bentuk bersegi-segi itu direka untuk membenarkan pemandangan yang lebih luas dan memberikan pencahayaan yang lebih baik ke dalam bangunan melalui dinding-dinding kaca disekelilingnya. Dalam pada itu, penghuni bangunan juga dapat menikmati keindahan tasik yang berada di hadapannya dengan sepenuhnya.

IMEJ : Archdaily

Jika dilihat dari luar, terdapat bentuk seakan piramid yang dicantumkan di bahagian bawah bangunan dan dipautkan di bahagian yang bersegi-segi. Bentuk itu sebenarnya ialah sebuah atrium yang tinggi yang dihubungkan terus dengan ruang landskap yang berada di luarnya.

IMEJ : Archdaily

Menurut Arkitek OMA, ruang kedai dan ruang makan akan menghiasi ruang lobi 3 tingkat yang juga akan menjadi tempat makan malam dan persembahan. Ruang pameran di bahagian bawah pula boleh dinaikkan dengan ketinggian sehingga maksimum 40 meter.

Di aras atas bangunan pula terdapat restoren yang menyediakan ruang makan yang menawarkan tempat duduk di dalam dan di luar di samping mempunyai dek tinjau 2 tingkat yang boleh diakses untuk melihat keindahan Bandar Dhaka.

IMEJ : Archdaily

“Reka bentuk kami untuk Menara Dhaka terinspirasi oleh semangat ekonomi Bangladesh yang berkembang pesat. Bentuknya menggambarkan aspirasi sebuah negara yang dinamik, membuat kenyataan berani di latar langit bandar.” – Iyad Alsaka, Rakan Kongsi OMA

  • Nama Projek: Dhaka Tower
  • Arkitek: OMA (Iyad Alsaka)
  • Keluasan projek: 180,000 meter persegi
  • Ketinggian: 150 meter
  • Lokasi: Dhaka, Bangladesh
  • Negara: Bangladesh

Sumber: OMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *