Presiden UAE, Sheikh Mohamed Bin Zayed Al-Nahyan mengarahkan penubuhan hospital medan di Gaza dengan kapasiti 150 katil sebagai sebahagian operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’. Usaha itu ditunjukkan sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
Dilaporkan bahawa 5 buah pesawat telah berlepas dari Abu Dhabi untuk membawa peralatan dan bekalan yang diperlukan untuk hospital medan itu yang akan didirikan secara berperingkat.
Hospital medanitu akan merangkumi jabatan untuk pembedahan am, ortopedik, pediatrik dan ginekologi. Ia juga akan dilengkapi dengan klinik perubatan dalaman, pergigian, psikiatri, perubatan keluarga, makmal, farmasi dan lain-lain.
Sebelum ini, UAE mengumumkan pemberian bantuan sejumlah $20 juta dollar dan dalam masa yang sama, membawa sejumlah kanak-kanak dan keluarga Palestin dari Gaza untuk menerima rawatan di Hospital UAE. – BERNAMA