Sebanyak 118 trak bantuan telah memasuki Gaza melalui sempadan Rafah telah diterima oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada hari Ahad dan Isnin.
Trak bantuan berkenaan membawa makanan, air, bantuan kecemasan dan bekalan perubatan. Namun, bekalan bahan api tidak dibenarkan lagi.
Menurut persatuan itu, jumlah trak bantuan secara keseluruhan yang telah diterima sejak 21 Oktober 2023 ialah sebanyak 569 trak iaitu bersamaan 33 trak sehari.
– Bernama