160 Mayat dijumpai di bawah runtuhan akibat serangan di Gaza

Dilaporkan bahawa dalam tempoh 24 jam pasukan penyelamat telah menemui sejumlah 160 mayat di bawah runtuhan dan di jalanraya Semenanjung Gaza. Penemuan itu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada lebih 15,000 orang termasuk kanak-kanak sebanyak 6,150 orang dan lebih 4,000 orang adalah wanita.

Berdasarkan laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), pasukan penyelamat hanya bergantung kepada kaedah manual untuk megeluarkan mayat mangsa kerana kekangan alat jentera dan peralatan.

Data tidak rasmi yang diperolehi menunjukkan sekitar 6,500 orang masih tidak dijumpai atau hilang termasuk lebih 4,000 kanak-kanak dan wanita.

Menurut laporan, pihak pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin mayat dengan kemampuan yang ada sejak gencatan senjata dilancarkan pada Jumaat lalu.

Serangan tanpa belas dan bertubi-tubi yang dilakukan Israel terhadap Gaza dari udara, darat dan laut telah meneyababkan sekitar 300,000 unit rumah kediaman telah rosak termasuk 50,000 unit lagi musnah sepenuhnya.

Foto – AFP

Ketika gencatan senjata berlangsung, tentera Israel terus melakukan sekatan terhadap penduduk yang mencari perlindungan di selatan Semenjung Gaza untuk kembali ke bandar atau pekan wilayah itu.

Terdapat laporan bahawa tentera Israel telah melepaskan tembakan ke arah penduduk yang memeriksa rumah dan mencari ahli keluarga yang telah hilang. Berikutan itu, beberapa orang telah terbunuh dan tercedera.

WAFA turut melaporkan bahawa 2 orang penduduk Palestin termasuk kanak-kanak telah tercedera apabila ditembak oleh tentera israel yang menyerbu bandar Jenin dan kem penduduk yang berlindung di kawasan itu. Mereka dikatakan telah melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata yang telah menyebabkan beberapa orang mengalamai sesak nafas.

Tentera penceroboh Israel juga dikatakan telah menggunakan jentolak untuk menyerbu dan memecah masuk beberapa rumah, menempatkan penempak tepat di atas bumbung dan melaksanakan perintah berkurung.

Mereka juga telah meletakkan tenteranya di hadapan dan sekitar Hospital Jenin serta di kem penduduk yang berlindung termasuk menerbangkan dron untuk mencari penduduk Palestin yang dikehendaki.

Menurut laporan juga bahawa sejumlah 44 orang wartawan Palestin telah ditahan dan dipenjara di Israel serta 70 orang wartawan telah terbunuh sejak 7 Oktober lalu.

– BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *