18 Pekerja terperangkap bawah runtuhan tapak binaan

Dilaporkan bahawa terdapat 18 orang pekerja warga asing terperangkap di bawah runtuhan tapak binaan sebuah kilang logistik di Batu Maung, Pulau Pinang malam tadi dengan 5 daripadanya telah berjaya dibawa keluar. Kelima-lima mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Pusat Gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan pada 9.58 malam dan anggotanya dari Balai Bomba Penyelamat Bayan Baru dan Seri Balik Pulau digerakkan ke lokasi kejadian. – BERNAMA


Foto – Atas

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *