Sidang APEC1 2023 yang akan berlangsung minggu hadapan di California, Amerika Syarikat akan digunakan sebaiknya bagi membela nasib rakyat Palestin yang ketika ini sedang berdepan dengan serangan tanpa belas dari Israel.
Bagaimana pun, PM DS Anwar berkata, beberapa perkembangan akan dibincangkan terlebih dahulu dan akan menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk membela rakyat di Palestin.
“Kita akan bincangkan beberapa perkembangan dan akan kita jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” Katanya di PIPOC 20232.
Nota:
1 APEC bermaksud Asia-Pacific Economic Cooperation atau Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah forum bagi membincangkan hal berkaitan ekonomi serantau, kerjasama, perdagangan dan pelaburan yang melibatkan 21 buah negara.
2 PIPOC ialah International Palm Oil Congress and Exhibition yang menyediakan platform untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baru dalam semua aspek kelapa sawit/minyak kelapa sawit.