Binaan runtuh: Seorang pekerja turun awal, 3 disahkan maut

Seorang pekerja tapak binaan kilang yang runtuh di Batu Maung, Pulau Pinang melahirkan rasa syukur kerana turun lebih awal untuk berehat beberapa minit sebelum kejadian.

Mohidul Islam berkata, dia bersama 4 lagi rakannya membuat kerja kayu di bahagian atas gudang yang kemudiannya turun untuk berehat. Tidak lama selepas itu, dia terdengar bunyi dentuman kuat dan akhirnya dia menyedari bahawa berlaku runtuhan pada struktur bangunan yang sedang dalam pembinaan itu.

“Saya bersyukur kerana turun awal, kalau tidak mungkin saya juga jadi mangsa. Kebanyakan kami di sini baru tiga bulan bekerja di tapak projek ini dan tidak menyangka akan berlaku kejadian seperti ini. Saya amat sedih kerana ramai rakan telah terkorban,” katanya

Seorang lagi pekerja yang bekerja di bahagian bawah berkata dia merasa seperti struktur bergoyang, kemudian dia berlari keluar untuk menyelamatkan diri selepas terdengar rakan sekerja menjerit sebelum melihat bangunan itu runtuh.

Katanya, seorang pekerja berjaya dibawa keluar tapi kecederaannya agak parah dan meninggal dunia.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan bahawa mereka menghadapi kesukaran ketika mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh untuk mengeluarkan mangsa. Kerja-kerja pengalihan runtuhan struktur akan memakan masa.

Sebelum itu, pihak Bomba memaklumkan bahawa terdapat 18 orang pekerja berada di lokasi kejadian tetapi 9 daripadanya telah keluar untuk mengerjakan solat dan 9 lagi terperangkap. 5 orang mangsa berjaya dibawa keluar dengan 3 daripadanya maut dan 2 lagi cedera parah. 4 oranglagi dikhuatiri masih tertimbus.

2 mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

– BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *