EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuhi EUDR

PM DS Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan eropah (EU) untuk mengiktiraf usaha negara-negara pengeluar minyak sawit dalam memenuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Katanya, negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand telah mengambil langkah-langkah agresif dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan itu.

“Perdana Menteri Thailand yang baharu telah memberi jaminan kepada saya bahawa Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia dan diharapkan negara-negara lain akan turut serta dalam membentangkan kes ini, terutamanya kepada EU,” katanya di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023). – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *