Hospital Al-Shifa kembali beroperasi

Walaupun keadaan hospital berada dalam keadaan teruk selepas dibedil Israel, Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di hospital itu.

“Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)..Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” dalam satu kenyataan.

Kementerian itu juga menggesa pesakit dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung untuk mendapatkan rawatan di Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 November 2023 selepas menawan hospital itu kira-kira 10 hari yang kononnya dijadikan sebagai markas Hamas.

Terbaru tempoh gencatan senjata telah dilanjutkan selama 2 hari di Gaza. – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *