Malaysia, Jepun Percepat Pelaksanaan OSA, Pertingkat Hubungan Keselamatan

Malaysia dan Jepun telah mengesahkan komitmen untuk mempercepatkan pelaksanaan Bantuan Rasmi Keselamatan (OSA) melalui usaha memperkuat komunikasi strategik.

Perdana Menteri Jepun berkata, langkah itu menunjukkan komitmen bersama yang merupakan titik rujukan penting dalamperkongsian antara Malaysia dan Jepun.

“Kerjasama keselamatan dan pertahanan akan diperkukuhkan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan komunikasi strategik kita dan mempercepat koordinasi untuk pelaksanaan OSA,” katanya.

Beliau juga berkata bahwa konsesus bersama telah dicapai untuk meningkatkan kerjasama dalam domain maritim melalui rancangan latihan bersama melibatkan pegawai pantai.

OSA dilancarkan pada April tahun ini dalam usaha untuk meingkatkan kapasiti keselamatan pasukan-pasukan tentera negara-negara membangun. Ia diumumkan pada Disember 2022, yang bertujuan untuk menyediakan bantuan peralatan, bekalan dan pembangunan infrastruktur kepada negara-negara di Asia-Pasifik.

Kishida juga mengeaskan akan kepentngan mempertahankan order antarabangsa yang bebas dan terbuka berdasarkan undang-undang. Katanya, perkara yang berkaitan dengan Laut China Timur dan Laut China Selatan, sebarang percubaan untuk mengubah status quo secara sepihak dengan kekerasan tidak akan diterima.

Malaysia dan Jepun telah lama menjalinkan hubungan yang baik sejak tahun 2015. Jepun merupakan rakan dagangan Malaysia keempat terbesar dengan nilai dagangan berjumlah RM181.51 bilion divatatkanpada tahun 2022.

Sehingga Jun 2023, sebanyak 2,778 projek dari syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM91.9 bilion. – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *