Model S70: Proton sasar jual 2,000 unit sebulan

Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton mensasarkan sebanyak 2000 unit model S70 dapat dijual setiap bulan. Sasaran itu berdasarkan kepada permintaan dan tempahan serta menjangkakan jumlah tempahan akan mengalami peningkatan.

Katanya, pada minggu pertama pelancaran ‘line-off’, sebanyak 400 tempahan telah dibuat. Jumlah itu dijangka akan meningkat selaras dengan aktiviti jelajah yang akan dilaksanakan untuk memperkenal model kepada rakyat Malaysia.

S70 ialah model kereta sedan Proton yang dilancarkan pada 31 Oktober 2023. Model itu akan dikeluarkan di kilang proton Tanjung Malim. Beliau juga turut mengulas tentang kecacatan pendawaian yang dialami X90. Sebanyak 3000 unit telah dijual dan Proton ketika ini sedang memanggil pemilik X90 untuk membuat janji temu untuk proses pembaikanmodel tersebut. – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *