Naib Presiden China, Han Zheng melakukan lawatan ke Kilang Proton di Tanjung Malim. Lawatannya ke Kilang proton diiringi Timbalan Menteri pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong.
Han melawat kilang sambil melihat model yang dihasilkan proton.
Dalampada itu, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah memberitahu kepentingan Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Tanjung Malim dan peranan China dalam mengembangkan projek itu.
Katanya, AHTV adalah projek yang melibatkan DRB HICOM dan Geely serta bagaimana China boleh membantu melancarkan proses AHTV.
Sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim berkata AHTV akan mengubah Tanjung Malim menjadi hab automotif bertaraf global untuk kenderan tenaga baharu (NEV).
AHTV ialah projek mega yang dengan kos pelaburan berjumlah RM32 billion yang dipelopori syarikat Geely bersama-sama dengan DRB HICOM. – BERNAMA