Pemulihan dan Kreativiti: Projek Taman Linear di Mexico oleh Taller Capital

Studio seni bina Taller Capital telah mencipta sebuah taman linear di Bandar Mexico yang merangkumi laluan pejalan kaki dan diperbuat dengan bahan yang dioptimumkan untuk menyerap air dan pengawasan habuk.

Projek dengan nama Bulevar Héroes de Tecamac ini melibatkan penjenamaan semula kawasan sekitar 2.1 kilometer median1 yang terbiar yang merentasi bandar tersebut yang melintasi di tengah-tengah kompleks perumahan awam.

IMEJ: DEZEEN

Projek ini terletak di kawasan bandar di bahagian utara Bandar Mexico, mempunyai kelebaran 20 meter, dibina untuk memudahkan penggunaan pejalan kaki dan mempunyai kawasan rekreasi untuk digunakan oleh komuniti tempatan. Menurut firma arkitek itu, struktur itu dianggarkan dapat menampung lebih daripada 20,000 individu yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Menurut Taller Capital, bulevar itu dibina pada awal tahun 2000-an untuk memudahkan pertumbuhan penduduk, tetapi kerja-kerja penggalian tak pernah selesai sehingga menyebabkan ribut habuk kecil berterbangan menganggu penduduk.

“Ia berfungsi sebagai infrastruktur retroaktif: ia adalah alat untuk mengawal ribut habuk, menyerap air hujan, memudahkan mobiliti bukan mekanikal untuk berhubung dengan perhentian Mexibus, dan membawa pelabuhan dan kemudahan rekreasi ke komuniti berdekatan,” kata firma itu.

Taller Capital telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pertanian, Wilayah, dan Pembangunan Bandar untuk mencipta ruang rekreasi, tetapi arkitek itu mengakui bahawa projek itu berpotensi untuk meningkatkan lagi infrastruktur kawasan tersebut terutamanya laluan pejalan kaki yang terlalu sedikit.

“Kami diberi mandat untuk reka bentuk kemudahan rekreasi awam dan sukan sepanjang median,” katanya.

“Namun, kami sedar bahawa ia tidak boleh menjadi hanya itu, tetapi ia sepatutnya berfungsi sebagai infrastruktur, kemudahan pejalan kaki dan pengawasan habuk,” lanjutnya.

“Kami dapat merekabentuk lorong lalu lintas semula bumi, memperluas trotoar2, menetapkan kawasan tertentu untuk tempat letak kereta, dan membenarkan dua lorong kenderaan di setiap sisi median.”

IMEJ: DEZEEN

Untuk memastikan keselamatan pejalan kaki, struktur itu dinaikkan. Dalam masa yang sama, ia membolehkan keadaan tanah yang diperlukan untuk menanam sejumlah pokok untuk teduhan.

Idea yang diketengahkan oleh arkitek itu ialah dengan meletakkan kerikil gunung berapi sepanjang bahagian yang dinaikan untuk membolehkan penyerapan air dan mengawal penyebaran habuk serta meminimumkan penyelenggaraan selagi bulever itu digunakan.

Bulever ini telah dibuka dan sudah digunakan bukan sahaja aktiviti harian tetapi juga untuk program-program yang lain.

IMEJ: DEZEEN

Taller Capital membayangkan bahawa jika kawasan itu terus digunakan dengan cara yang telah terbukti memuaskan pada masa kini, kawasan tersebut akan menjadi lebih hidup dan aktif pada masa hadapan. Ini ditambah lagi dengan pokok-pokok yang telah ditanam mula membsar yang secara langsung memberi teduhan pada waktu siang.


Nota:

1 Median, maksud : garisan yg merentang dari penjuru sesuatu rajah segi tiga ke tengah-­tengah garisan yg bertentangan dengannya (DBP online). Median dalam konteks jalan raya merujuk kepada bahagian atau laluan yang terletak di tengah-tengah dua hala lalu lintas yang bertentangan.

2 Trotoar, maksud : jalan yg lebih tinggi di tepi jalan raya utk orang yg berjalan kaki (DBP Online).

Sumber: dezeen

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *