Peranan dan pengaruh Malaysia adalah sangat diperlukan di pentas antarabangsa dalam menghentikan kemelut di Gaza, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas merasmikan Hari Wisma Putra 2023 di Putrajaya.
Menurutnya, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara namun, dalam konteks peranan dan pengaruh Malaysia di kalangan negara Asean, OIC, G77, NAM dan global south, Malaysia sentiasa diberikan keutamaan oleh negara-negara berkenaan.
Perdana Menteri sendiri dan beliau akan berhubung dengan rakan sejawat dari negara lain untuk membincangkan dan menyeselaikan krisis yang sedang melanda di Palestin.
Datuk Seri Dr Zambry sebelum ini berkata, Malaysia akan terus mempengaruhi negara-negara lain untuk terus menyokong perjuangan Palestin dan mengutuk kekejaman Zionis. – BERNAMA