Perdana Menteri: Perkukuh Pengurusan Air Mampan

Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim menyatakan perhatiannya terhadap usaha untuk memperkukuh pengurusan air di negara ini. Menurut beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5, mendedahkan komitmen untuk meningkatkan pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara dan satu panduan disempurnakan selepas rundingan dengan Kerajaan Negeri.

Beliaui turut menekankan kepentingan Mesyuarat Majlis Air Negara sebagai platform untuk menetapkan dasar, arah dan pendekatan berkaitan pengurusan dan pembangunan air termasuk mengurangkan kesan bencana akibat kegagalan empangan. Dalam memastikan keselamatan air yang menjadi keutamaan negara, Pusat Teknikal Infrastruktur Empangan dan Air (PTE) telah diumumkan untuk mengendalikan pemantauan dan pemeriksaan di pusat-pusat empangan.

Bagi mengatasi masalah pencemaran air, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan dan agensi persekutuan di setiap negeri untuk sentiasa memantau dan mengambil tindakan dengan kerjasama daripada kerajaan negeri. Usaha ini bertujuan untuk memastikan kerosakkan ekosistem dan kesihatan awam dapat ditangani dengan menyediakan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara.

Dalam perkara yang melibatkan pengurusan air antara Johor dan Singapura, terdapat kemungkinan bahawa Singapura juga akan terlibat dalam pengawasan dan penyelidikan pengurusan air Sungai Johor, termasuk usaha-usaha untuk meningkatkan kapasiti air sungai bagi kegunaan kedua-dua wilayah tersebut.

Perjumpaan DS Anwar dengan rakan sejawat Singapura, Lee Hsien Loong, bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai langkah-langkah bagi memastikan bekalan dan kualiti air Sungai Johor yang mampan. Persetujuan tersebut termasuk untuk meneruskan perbincangan mengenai harga air mentah dan air terawat, dengan setiap negara mengekalkan pendirian masing-masing mengenai hak untuk mengkaji harga di bawah perjanjian.

Bagi Malaysia, apa yang penting perbincangan tersebut bukan sahaja terhadap pengendalian pengurusan air tetapi juga kerjasama dari semua pihak yang terlibat.


About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *