Pihak universiti diminta patuh yuran pendaftaran RM1500

Menteri pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalied Nordin berkata,pihak universiti diminta untuk mematuhi yuran pendaftaran kemasukan universiti awam sebanyak RM1,500 yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurutnya lagi, sekiranya terdapat perlanggaran dari mana-mana pihak universiti, tindakan akan diambil oleh kerajaan.

Dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, yuran pendaftaran kemasukan universiti telah ditetapkan tidak melebihi RM1500 selari dengan nilai pemberian pinjaman Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1500 kepada pelajar yang layak. – BERNAMA


Foto – Freepik

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *