PM: Pelaksanaan Projek Tahun Ini Lebih Baik Tapi Belum Cukup Memuaskan

Berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, beliau berkata bahawa pelaksanaan projek-projek tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun lalu tetapi masih belum cukup memuaskan sambil menyarankan agar semua kementerian mempercepatkan pelaksanaan yang telah dirancang.

“Unjuran perbelanjaan dan pelaksaan untuk 2023 kena atas 90 % pelaksanaan. Kita harapkan pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” Ucapnya.

Beliau juga meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyelaraskan pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam negara. Menyedari kepentingan teknologi maklumat yang semakin banyak berubah dan mencabar, beliau turut meminta sumbangan daripada kepakaran daripada Bank Negara dan Petronas untuk membantu jabatan-jabatan kerajaan. Namun, kebajikan rakyat akan tetap terbela.

“Ini soal transformasi digital, peralihan tenaga, hala tuju baharu bagi perindustrian, itu semua persoalan menggapai sesuatu yang tinggi tetapi dalam menggapai langit jangan kita lupa untuk berakar di bumi..kita juga harus fikir masalah-masalah asas rakyat seperti harga barang, tandas sekolah dan jalan berlubang,” Katanya. – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *