Dibina di atas tapak lapangan terbang lama di Hong Kong, Snøhetta Asia telah melancarkan projek terbarunya di Hong Kong iaitu Airside. Dilaporkan bahawa projek pelbagai guna ini sebenarnya adalah projek pertama Snøhetta di Hong Kong dan berfungsi sebagai pusat utama di sebuah daerah perniagaan yang sedang dibangunkan semula.
Projek ini mempunyai kawasan awam dan taman yang luas, termasuk plaza luar dan taman bumbung yang boleh digunakan untuk pelbagai acara, makanan, pertanian bandar, dan rekreasi. Sebagai projek pertama di Hong Kong yang memperoleh lima sijil bangunan hijau tertinggi, pembangunan ini menggabungkan beberapa amalan lestari.
Projek seluas 177,670 meter persegi ini dapat melihat pemandangan ke Victoria Harbour dan Sungai Kai Tak selain menggabungkan menara setinggi 213 meter. Terletak di atas stesen MTR Kai Tak, reka bentuknya dicipta mempunyai hubungan langsung antara kawasan transit pejalan kaki, ruang runcit di bahagian bawah menara dan taman landskap yang ditinggikan.
Di tengah-tengah bangunan itu terdapat taman yang luas dan ditinggikan di atas podium, merangkumi atrium tengah. Ia juga berfungsi sebagai kawasan orang awam yang menonjol, lengkap dengan banyak tempat duduk, ciri-ciri air, dan bahagian untuk tanaman.
Di bawahnya terdapat atrium runcit multi-tingkat yang merangkumi 60,000 meter persegi yang membenarkan pencahayaan semulajadi memasuki ruangan tersebut melalui bukaan tingkap di atasnya. Ruang itu ialah ruang yang boleh digunakan oleh orang ramai yang besar untuk bersosial dan berkumpul.
Di sebelahnya terdapat menara dengan keluasan 110,000 meter persegi yang merupakan ruang pejabat dan lengkap dengan pelbagai fasiliti serta rekreasi.