Projek pelabuhan, jambatan darat Thailand beri manfaat kepada Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim bersama perdana menteri Thailand Srettha Thavisin di Sadao, Songkhla, di Thailand

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim yakin rancangan Thailand untuk membina jambatan darat antara Lautan Hindi dan Pasifik sebagai alternatif kepada Selat Melaka akan memberi manfaat kepada Malaysia.

Projek AS$28 bilion (RM131.31 bilion) itu akan menyaksikan pembinaan dua pelabuhan Thailand – Ranong di barat dan Chumphon di timur – yang akan dihubungkan melalui jalan raya atau kereta api, sekali gus memberi laluan kepada kapal untuk memintas pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin sebelum ini berkata bahawa laluan sejauh 90 kilometer itu boleh mengurangkan masa perjalanan kapal sehingga empat hari dan mengurangkan kos sehingga 15% antara Teluk Siam dan Laut Andaman.

Anwar hari ini berkata Srettha telah memberi jaminan kepadanya tentang penglibatan Malaysia dalam projek itu.

“Jambatan darat masih di peringkat awal tetapi dalam perbincangan (dengan Srettha), (saya diberitahu) ia akan melibatkan Malaysia – terutamanya semenanjung utara,” katanya kepada media selepas lawatan kerja sehari ke Sadao, Songkhla , di Thailand.

“Kami (akan) mendapat manfaat (daripada projek itu), sama ada dari segi kemudahan di sana atau ekuiti… (Ia) masih terlalu awal untuk perbincangan (mengenai itu).

“Tetapi semangat yang ditunjukkan oleh perdana menteri Thailand jelas apabila beliau memberitahu saya bahawa mereka akan memastikan Malaysia akan mendapat manfaat dan terlibat dalam projek itu.”

Lawatan kerja DS Anwar ke Sadao bertujuan membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan Srettha.

Srettha sebelum ini dilaporkan membangkitkan semula idea projek itu yang melibatkan kos RM131 billion dengan pembinaan pelabuhan baru di Ranong iaitu di sebelah barat dan Chumphon di sebelah timur.

“Dalam perbincangan secara terpeinci dengan Srettha, beliau berkata Phuket umpamanya dapat manfaat sangat baik dan beliau mengarahkan Menteri Pelancongan Thailand untuk mengagihkan manfaat itu kepada Langkawi agar ada sinergi dua negara.

“Sikap itu jarang berlaku dalam perhubungan dua negara, jadi saya menyatakan penghargaan kerana sikap dia begitu dan ini bukan sekali, dalam beberapa perjumpaan sebelum ini di Putrajaya, di San Francisco dan sebelum itu di New York saya tengok dia konsisten.

“Tidak boleh ada hubungan 2 hala yang hanya manfaat kepada satu negara dan kurang kepada negara lain. Jadi, sebab itu di mana kita ada manfaat kita kongsi dengan dia, dan dia dapat manfaat dalam pelancongan dia ingat kepada kita,” katanya.

Lawatan DS Anwar ke Sadao, Songkhla merupakan jemputan Srettha, adalah untuk memantau kemajuan projek jajaran jalan yang menghubungkan pusat pemeriksaan imigresen, kastam, kuarantin dan keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia dan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Sadao. – BERNAMA


Nota:

Foto atas

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *