Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya meraih dua pingat emas untuk 2 inovasi di Beijing dalam International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 yang berlangsung 29 Oktober hingga 1 November 2023.
Naib Canselor UKM berkata, kejayaan itu adalah bukti potensi kreativiti dan kecekapan tenagan kerja universiti dalam aktiviti inovasi. Beliau berharap ia menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi yang dapat menyumbang kepada universiti, masyarakat dan di peringkat antarabangsa.
Pingat Emas yang diraih ialah penghasilan inovasi MP-Cradle; memberi perlindungan sinaran radiasi kepada kanak-kanak ketika x-ray oleh Jabatan Radiologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
Manakala emas kedua pula diraih oleh Jabatan Bendahari untuk projek Delay of Supplier Payment yang berkaitan dengan penghasilan inovasi berpaksikan pelanggan melalui pendigitalan dan automasi proses bayaran e-prolehan UKM dari proses tuntutan hingga kepada pembayaran kepada akaun pembekal. – BERNAMA