YDP Agong Rasmi projek Perumahan SASaR di Wardieburn, Setapak

Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan projek perumahan SASaR di Kem Wardieburn, Setapak dengan melawat galeri dan menurunkan tanda tangan di atas plak perasmian.

Yang DiPeratuan Agong tiba di Kem Wardieburn yang disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana.

Projek SASaR ATM Wardieburn dan SASaR ATM Setapak merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan (MINDEF) kepada anggota ATM, veteran dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki kediaman.

Menurut MINDEF, projek perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan sebanyak 974 unit kediaman dengan keluasan 1400 kaki persegi (kps) dan 1500 kps. Manakala projek SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan berfasa sebanyak 6400 unit kediaman dengan keluasan 1000 kps dan 1200 kps.

Projek itu merupakan inisiatif kementerian bagi menyediakan kediaman yang selsesa selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, Konsep Malaysia MADANI, Kertas Putih Pertahanan serta Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025. – BERNAMA

Foto – Kosmo

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *