Palestin: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam serangan udara ke atas bangunan kediaman di Rafah

Dilaporkan Al-Jazeera bahawa terdapat lebih banyak kematian dan kemusnahan semalaman, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

Di bandar Rafah (selatan Gaza) sahaja, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh. Tiga bangunan kediaman di satu kawasan musnah. Laporan itu menyebut, pada mulanya, bilangan mangsa yang terbunuh ialah sembilan orang, tetapi apabila mangsa dikeluarkan dari runtuhan, angka kematian meningkat kepada lebih 20 orang.

Laporan itu juga menyatakan kebimbangan jika terdapat lebih ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Di bahagian tengah Semenanjung Gaza, termasuk di kem Deir el-Balah, Maghazi dan Bureij, dilaporkan terdapat banyak kematian yang mana bangunan kediaman turut menjadi sasaran.

Beratus-ratus pekerja lapangan terbang Israel diberi cuti tanpa gaji

Dalam pada itu, dilaporkan bahawa beratus-ratus pekerja lapangan terbang Israel diberhentikan. Kira-kira 600 kakitangan diberi cuti tanpa gaji ketika jumlah penerbangan menjunam di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin, menurut akhbar kewangan Isr4el Globes.

Dilaporkan juga sekitar 2,000 pekerja lagi akan dikurangkan masa kerja mereka sebanyak 25 peratus.

Lapangan terbang utama Israel Ben Gurion kini menerima kira-kira 100 penerbangan masuk setiap hari, menunjukkan penurunan lima kali ganda berbanding sebelum perang Gaza, kata Globes.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *