Palestin: Tiada air bersih, ramai kanak-kanak akan meninggal dunia

‘Tanpa air selamat’ ramai lagi kanak-kanak akan meninggal dunia: UNICEF

Menurut Pengarah Eksekutif agensi kanak-kanak PBB Catherine Russell, kanak-kanak yang dipindahkan di selatan Gaza mempunyai masalah kekurangan air daripada keperluan asas kelangsungan hidup mereka, k

“Tanpa air yang selamat, ramai lagi kanak-kanak akan meninggal dunia dan mendapat penyakit pada hari-hari mendatang,” kata Russel.

“Kanak-kanak dan keluarga mereka terpaksa menggunakan air daripada sumber yang tidak selamat yang sangat masin atau tercemar.” Katanya.

Di Rafah, terdapat ratusan ribu orang yang mana separuh daripadanya dianggarkan adalah terdiri daripada kanak-kanak. telah melarikan diri sejak awal Disember, sistem keadaan air dan sanitasi “dalam keadaan yang sangat kritikal”, tambah Russel.

Kekurangan air itu telah menyumbang kepada 20 kali ganda purata bulanan kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, katanya. – Aljazeera


Foto – Aljazeera

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *