Palestin: YDP Agong dukacita dengan tindakan Amerika Syarikat (AS)

YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap tindakan AS yang menggunakan kuasa vetonya untuk menolak Resolusi Majlis keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata di palestin dilaksanakan baru-baru ini.

Tindakan AS itu sekaligus menggagalkan usaha UNSC untuk mencari jalan penyelesaian konflik tersebut yang setakat ini telahmengorbankan lebih 17000 rakyat Palestin, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istan Negara Mejar jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.

“Tindkan tersebut juga seolah-olah menghalalkan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dengan pembunuhan lebih ramai orang awam dan kemusnahan harta benda, fasiliti serta kemudahan perubatan di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

YDP Agong turut menyatakan sokongan kepada pendirian kerajaan melalui kenyataan Perdana Menteri danMenteri Luar yang membantah kekejaman Israel danmengecam tindakan AS terhadap resolusi yang dikemukakan UAE.

YDPA turut menyeru rakyat untuk terus bersoladiriti bersama rakyat Palestin danmenghulurkan sebarang bentuk bantuan kermanusiaan bagi meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin.

Baginda turut menyeru masjid dan surau di seluruh negara serta rakyat beragama Islam untuk terus berdoa dan solat hajat memohon ihsan daripada Allah SWT memelihara kesejahteraan rakyat Palestin.

Baginda memberi respon terhadap resolusi UNSC yang dianggotai 15 ahli namun gagal kerana AS menggunakan kuasa vetonya. Dalam resolusi itu, 13 ahli menyokong, manakala UK berkecuali. – BERNAMA

Foto – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *