Sebanyak RM5.19 bilion disalurkan oleh kerajaan kepada kira-kira 292,530 usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi sehingga November 2023 untuk membantu usahawan yang masih terjejas akibat Covid-19.
Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), Saraswathy Kandasami berkata, pembiayaan itu disalurkan melalui TEKUN, SPI dan PKS Bank Rakyat.
Kerajaan juga katanya turut mengadakan program pemantapan kapasiti dan menyediakan fasiliti serta sokongan keusahawanan kepada PMKS termasuk koperasi yang terjejas akibat pandemik.
Katanya, seramai lebih 45,000 usahawan program INSKEN Business Training (IBT), BIT oleh Pernas dan Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corporation Malaysia.
Beliau menambah, KUSKOP juga menambah penyediaan premis dan ruang niaga serta peluang menembusi pasaran domestik dan antarabangsa dengan melibatkan seramai lebih 3000 orang usahawan melalui Program Insentif Usahawan UDA (PIUU) dan Business Export Program oleh SME Bank.
Beliau berkata, kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan AKredit (AKPK) juga dibuat untuk pelaksanaan Program Intervensi Peluang Kedia untuk membantu usahawan yang mengalami masalah kewangan serius atau risiko muflis.
Tahun lalu, kesedaran mengenai ketersediaan peluang kedua menerusi pelbagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan kepada 664 orang usahawan. 40 daripadanya dipilih mengikuti Bimbingan Khas Institut Keusahawanan Negara selama 4 bulan. -BERNAMA
Foto Atas