Kerajaan Fokus Infrastruktur di Labuan

Dalam usaha memajukan pulau bebas cukai Labuan, Dr Zaliha selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) memberitahu bahawa kerajaan akan memberikan tumpuan kepada penyelesaian infrastruktur asas di wilayah itu.

Lawatan dan pemantauan rasmi Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof ke Labuan bersama dengan Petronas dan beberapa agensi kerajaan di Sabah jelas menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan di Labuan.

Katanya, pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Wilayah persekutuan Labuan akanmerangsang aktiviti ekonomi tempatan serta menarik pelabur dari luar.

Beliau berkata, projek menaik taraf paip dan cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu juga diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik.

Sebelum itu, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pendekatan dan kaedah berbeza perlu diguna pakai dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan untuk menghubungkan Sabah dan Labuan yang akan mengambil kira potensinya terhadap ekonomi Labuan. – BERNAMA


Foto – JKT-c

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *