Lesen memandu boleh diperbaharui melalui MyJPJ

Berkuat kuasa 1 Februari 2024, kemudahan pengguna untuk memperbaharui lesen memandu boleh dilakukan menerusi aplikasi MyJPJ. Inisiatif kerajaan itu membolehkan pengguna atau pemandu memperbaharui lesen dengan cepat dan efisien.

Menurut Dr. T. Saravanan, golongan rentan mungkin memerlukan bantuan khas yang mungkin sukar untuk melakukannya secara dalam talian.

“Mungkin JPJ boleh beri latihan khusus atau video panduan kepada mereka tentang cara untuk memperbaharui lesen menerusi MyJPJ,” katanya.

Inisiatif itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa pelaksanaan perbaharuan lesen menerusi aplikasi MyJPJ akan bermula pada 1 Februari 2024 secara berperingkat yang dimulakan dengan kenderaan individu.

Mana-mana pengguna yang nmemilih e-LMM semasa memperbahari lesen di kaunter JPJ, portal MySIKAP, MyJPJ atau POS Malaysia dan MyEG alan menikmati rebat sebanyak RM5 bermula 1 Februari 2024.

Menurut Saravanan, kerajaan perlu membuat pelaburan bagi memastikan sistem tidak terganggu semasa proses pembaharuan dilakukan dan memastikan semua sistem sentiasa dikemas kini mengikut standard antarabangsa. – BERNAMA

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *