Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan majlis menandatangani MoU Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi Malaysia dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong.
Anwar turut menjadi hos majlis makan tengah hari untuk Lee dan delegasinya yang sebelum itu hadir ke majlis penyempurnaan span jejambat Projek RTS Link Malaysia dan Singapura.
JS-SEZ dijangka bakal meningkatkan perdagangan antara Johor dan Singapura dan berkembang maju seperti bandar raya Shenzhen, China. Kerjasama itu bakal meningkatkan hubungan kedua-dua negara di rantau Asia Tenggara dan memupuk hubungan perniagaan yang lebih kukuh.
Sektor yang disasarkan zon ituialah elektronik, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan kesihatan.
Tahun lalu, dilaporkan bahawa Johor meraih pelaburan asing bernilai RM70.6 bilion dalam pelbagai sektor. Singapura merupakan pelabur kedua terbesar negeri itu dengan 70% pelaburan langsung asing Johor dalam sektor pembuatan. – BERNAMA