Neom Umum Norlana, Bandar Pelayaran Mewah di Teluk Aqaba

Neom, baru-baru ini mengumumkan satu lagi bandar yang terletak di Teluk Aqaba iaitu Norlana yang direkabentuk oleh Arkitek 10 Design.

Terletak di pantai Teluk Aqaba, Norlana dicipta dengan persekitaran unik di mana sebuah komuniti eksklusif sebanyak 3,000 orang penduduk bakal menikmati kemudahan mewah yang digabungkan dengan teknologi terkini.

Komuniti kontemporari ini yang terdiri daripada 711 hartanah kediaman, Norlana terdiri daripada 711 hartanah kediaman yang menawarkan beberapa jenis kediaman mewah seperti banglo, apartment, vila pantai yang diintegrasikan dengan bukit pasir yang terdapat disekitarnya supaya dapat membawa penduduk lebih dekat dengan alam semula jadi.

Selain itu, Norlana juga akan mempunyai padang golf 18 lubang yang terletak di antara bukit-bukit pasir termasuk pusat ekusterian dan polo yang bertaraf dunia. Oleh kerana lokasinya terletak berdekatan dengan kawasan laut, penduduk dan para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis suka air termasuk belayar dan menyelam.

Matlamat Norlana ialah untuk menjadikan destinasi percutian yang bukan sahaja untuk bersantai dan bermalas-malasan sambil menikmati keindahan alam semula jadi tetapi dipenuhi dengan kemudahan aktiviti bersukan, kesihatan dan kesejahteraan kepada penduduk dan para pengunjungnya.

Komitmen NEOM terhadap pemuliharaan adalah jelas, Norlana akan melengkapkan destinasi ini dengan cara yang lebih inovatif dan mampan yang mana tumpuan diberikan kepada pemeliharaan alam sekitar melalui gabungan teknologi terkini.

Sebelum ini Neom telah pun mengumumkan bandar Leyja, Epicon, Siranna, dan Utamo yang mana kesemua bandar ini akan terletak di Teluk Aqaba, termasuk Norlana.


Sumber/Imej : Neom

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *