Ukuran saiz dan format kertas: A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, A8, A9, A10
Berikut adalah format dan saiz kertas untuk rujukan:
Format Kertas | Lebar x Tinggi (mm) | Lebar x Tinggi (cm) | Lebar x Tinggi (inchi) |
A0 | 841 x 1189 | 84.1 x 118.9 | 33.1 x 46.8 |
A1 | 594 x 841 | 59.5 x 84.1 | 23.4 x 33.1 |
A2 | 420 x 594 | 42 x 59.4 | 16.5 x 23.4 |
A3 | 297 x 420 | 29.7 x 42 | 11.7 x 16.5 |
A4 | 210 x 297 | 21 x 29.7 | 8.3 x 11.7 |
A5 | 148 x 210 | 14.8 x 21 | 5.8 x 8.3 |
A6 | 105 x 148 | 10.5 x 14.8 | 4.1 x 5.8 |
A7 | 74 x 105 | 7.4 x 10.5 | 2.9 x 4.1 |
A8 | 52 x 74 | 5.2 x 7.4 | 2.0 x 2.9 |
A9 | 37 x 52 | 3.7 x 5.3 | 1.5 x 2.0 |
A10 | 26 x 37 | 2.6 x 3.7 | 1.0 x 1.5 |
Nota: Untuk mencetak dokumen bersaiz besar seperti A0 atau A1, anda boleh menggunakan printer format besar yang boleh didapati dengan banyak pilihan di Shopee.
Format Kertas

Saiz kertas format besar seperti A0, A1, A2 dan A3 selalu digunakan oleh profesional seperti Arkitek, jurutera, juruukur dan seumpama dengannya. Saiz yang tepat diperlukan untuk menyusun lukisan-lukisan yang disediakan mengikut sekala yang betul.
Sebagai contoh seseorang arkitek memerlukan saiz kertas yang tepat untuk dimasukkan ke dalam format lukisan pelan yang perlukan (Autocad). Selepas saiz kertas diperolehi, barulah seseorang arkitek itu dapat menentukan skala lukisan bangunan yang perlu disediakan supaya apabila lukisan sesebuah bangunan itu hendak diterjemahkan ke dalam dunia sebenar, binaan itu dapat dibina mengikut saiz dan ukuran yang betul berdasarkan skala yang disediakan.
Ia memudahkan pihak tertentu seperti arkitek sendiri, jurutera, juruukur, kontaktor, pihak berkuasa tempatan dan pihak klien sendiri untuk membuat rujukan dan pengiraan. Sekurang-kurangnya, mestilah kertas bersaiz A3.
Selain untuk tujuan menulis atau melukis, saiz kertas yang kecil seperti A5 atau A6 pula selalu digunakan oleh peniaga-peniaga online untuk mencetak salinan airway bil (AWB) untuk dilekatkan pada kotak penghantaran yang tertera alamat penjual dan penerima. Tahukah anda, ramai seller menggunakan printer jenis Thermal Printer untuk kegunaan dalam perniagaan mereka kerana ia sangat cepat, tidak mudah rosak dan tidak memerlukan dakwat.
* Foto atas