Projek RTS Link: Dua Pemimpin Saksi Detik Bersejarah Penyambungan Jejambat Malaysia -Singapura

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini, 11 Januari 2024 menjadi saksi detik bersejarah penyempurnaan penyambungan titik pertemuan jejambat RTS Link antara Johor dan Singapura.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu sekali gus menunjukkan komitmen kedua-dua negara terhadap projek itu yang kini sudah mencapai tahap kemajuan kerja 65% setakat Disember 2023.

Imej: MRT Corp

RTS Link ialah projek rangkaian kereta api ulang alik Malaysia – Singapura dengan jarak 4 kilometer yang mana Stesen di Malaysia terletak di Bukit Chagar dan Singapura pula di Woodlands North.

RTS Link dapat menampung sejumlah 10,000 penumpang setiap jam untuk setiap arah dengan masa perjalanan yang diambil kira-kira 5 minit antara dua stesen.

Projek RTS Link dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.


Foto – CNA, MRT Corp

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *