Tujuh Konsortium Hantar Cadangan Projek HSR

7 konsortium tempatan dan antarabangsa telah mengemukakan cadangan projek HSR KL-Singapore kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd.

Dipetik BERNAMA, Pengerusi Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata hasil penilaian RFI akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan kabinet untuk pertimbangan. Ia akan beralih kepada Proses Permintaan Untuk Cadangan (RFP) untuk mengemukakan cadangan terperinci daripada konsortium terpilih.

Imej: Seloloving

Cadangan konsep projek HSR telah dikemukakan sebagai tindak balas kepada Langkah RFI yang dilancarkan MyHSR Corp Julai 2023.

Pada Jan 2021, usaha projek HSR itu ditamatkan selepas kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum ianya luput pada 31 Disember 2020.

Bagaimana pun, projek HSR ini dihidupkan semula apabila Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan mengemukakan cadangan baru kepada Singapura pada 4 Ogos 2023 lalu.

Cadangan itu dilaporkan akan disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia kepada Singapura untuk pertimbangan.

Projek HSR telah diperkenalkan pada tahun 2016 iaitu era pemerintahan DS Najib Razak yang ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Projek HSR adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi dan mengurang tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura. pada awal cadangan projek itu akan memberikan manfaat yang besar kepada negeri-negeri dan bandar-bandar yang terlibat termasuk Melaka, Muar, Batu Pahat dan Johor Bharu.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *