MAD Architect Reka Semula Stesen Kereta Api di Jianxing, China

Baru-baru ini, MAD Architect mengumumkan bahawa Stesen Kereta Api Jiaxing telah lengkap sepenuhnya. Projek infrastruktur pertama firma arkitek itu terletak di sebuah bandar bersejarah Jiaxing iaitu kira-kira 100 kilometer dari bandar Shanghai.

Foto: Archdaily

Projek itu melibatkan penggantian stesen lama yang sudah tidak lagi berfungsi antara tahun 1995 dan 2019. MAD Architect yang bertanggungjawab terhadap pembangunan semula stesen itu dengan mewujudkan kemudahan pengangkutan berteknologi tinggi. Sudah tentu ia akan menjadi lebih selesa dan memudahkan penggunanya.

Kelengkapan stesen keretapi yang pernah dibangunkan semula pada tahun 1995 itu agak ketinggalan zaman dan tidak mencukupi bagi sebuah bandar yang pesat membangun.

Stesen itu pada asalnya dibina pada tahun 1907. Ia kemudiannya dimusnahkan beberapa dekad selepas itu. MAD Architect mengekalkan identiti asal stesen dengan mencipta semula imej 1907 berdasarkan kepada sejarah dan penggunaan bahan binaan tempatan serta disesuaikan dengan imej baru.

Foto: Archdaily

Rekabentuk belakang stesen juga direka dengan fasad kaca sebagai daya tarikan yang bersih dan minimum. Ruang dalam juga banyak menggunakan elemen berwarna putih, bersih untuk lebih terang dan dibantu dengan bukaan atas bumbung untuk menerima pencahayaan semula jadi yang lebih banyak ke dalam bangunan. Dinding dalam stesen juga dilengkapkan dengan panel aluminijm anodized seperti di ruang menunggu, siling dan dinding terowong untuk menyerap bunyi bising yang berlebihan.

Dikatakan lebih 1,500 pokok telah ditanam di seluruh tapak pembangunan untuk menjadikan kawasan itu seperti berada di dalam hutan. Dataran di bahagian selatan dikhaskan untuk budaya dan perdagangan. Kawasan yang direka untuk aktiviti juga tersebar di sekitar bukit yang kelihatan seperti cincin terpaung, muncul sebagai cincin terapung. Manakala rumput di kawasan tengah pula akan dijadikan tempat untuk pelbagai acara dan aktiviti luar untuk konsert, upacara perayaan dan sebagainya.

Foto: Archdaily

Menurut Ma Yansong, memikirkan dan mentakrifkan semula corak spatial bangunan infrastruktur pengangkutan sedemikian di China adalah perlu supaya penduduk gembira untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan yang disediakan di stesen seperti itu.

Seramai 5.28 juta orang dijangka akan mengunjungi di stesen dan kawasan sekitarnya menjelang tahun 2025. Pelbagai mod pengangkutan dan perancangan trafik yang teliti dilakukan untuk memenuhi kehendak penumpang yang semakin bertambah. Dalam masa yang sama, menitikberatkan hubungan dengan alam sekitar dan menjadikan peluang ini untuk memulihkan sebuah bandar melalui projek infrastruktur yang besar.

Foto: Archdaily

* Sekiranya terdapat kesilapan/pembetulan/tambahan di dalam artikel di atas, anda boleh terus maklumkan kepada kami melalui ruangan komen atau di pautan contact


Sumber: Archdaily

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *