Neom Umum Xaynor

Neom telah mengumumkan satu lagi lokasi mewah yang akan dibangunkan di Teluk Aqaba, Arab Saudi. Kelab ini merupakan lokasi mewah terbaru kepada teluk itu dengan nama Xaynor yang akan dibangunkan bersama-sama dengan Leyja, Epicon, Siranna, Utamo, Norlana, Aquellum dan Zardun.

Xaynor yang diumumkan pada 7 Februari 2024 direka secara eksklusif sebagai tempat beristirehat sambil menikmati keindahan pemandangan pantai.

Imej: NEOM

Salah satu senibina yang menarik di Xainor ialah pintu masuk seperti kanopi yang juga sebagai akses untuk terus ke pantai. Xaynor direka dengan menggabungkan ruang peribadi dan ruang terbuka bagi memastikan para pengunjung kelab dapat menikmati ruang rehat mewah yang optimum seperti berekreasi, bersantai, berhibur dan bersosial.

Imej: NEOM

Projek ini tetap komited terhadap pemuliharaan dan inovasi di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dengan cara menarik para pengunjung dari seluruh dunia untuk menikmati kemudahan yang disediakan di Xaynor.

Arkitek yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan projek ini ialah Sordo Madaleno Architect yang berpangkalan di Mexico City yang banyak terlibat dalam menyediakan projek dari seluruh dunia.

Imej: NEOM

Sumber: NEOM

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *