Trojena, lokasi pelancongan mewah yang terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan telah berjaya menarik minat beberapa syarikat terkemuka dunia untuk melabur di barat laut Arab Saudi itu.
Raffles Hotel & Resort antara jenama terkemuka terbaru yang menjalinkan kerjasama untuk mewujudkan sebuah penginapan mewah dan moden yang akan dibina di lereng gunung yang belum pernah dilakukan sebelum ini, terutamanya di rantau itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Raffles Hotel & Resorts, mereka amat teruja bekerjasama dengan Kerajaan Arab Saudi untuk menyediakan hospitaliti mewah moden terbaik dan dalam masa yang sama, mereka komited meneruskan legasi Raffles untuk terus berkembang di lokasi yang paling unik itu.
Rekabentuk Hotel Raffles di Trojena didedahkan dengan bentuk seperti cincin dan akan dibangunkan di pinggir gunung di kawasan itu Ia mengandungi sekitar 105 buah bilik tamu yang disusun mengikut bentuk cincin bangunan itu supaya setiap penghuni dapat menikmati pemandangan alam semula jadi di sekitarnya tanpa halangan.
Philip Gullet, Pengarah Eksekutif dan Ketua Wilayah Trojena berkata, Trojena akan mentakrifkan semula pemahaman tentang hospitaliti mewah dan pelancongan di pergunungan. Kerjasama dengan Raffles adalah peluang terbaik untuk menjadikan resort itu unik di samping tempat sukan ski bertaraf dunia dan aktiviti pendakian.
Raffles Hotel & Resorts akan diletakkan di salah satu daripada 6 kelompok Discover termasuk Discovery Tower, Observatory dan Cosmic Gate.
- Sumber: Neom
- Foto : Arab News, Business Travel