The Line: NEOM Terbit Video Progress Kerja Setakat Februari 2024

Neom telah membuat pendedahan terbaru berkenaan dengan progress terkini projek mega mereka iaitu The Line. Projek yang selalu diperkatakan akan gagal oleh kebanyakan pemerhati dunia.

Melalui video terbaru yang diterbitkan di YouTube pada Februari lalu, proses kerja-kerja tanah terbesar itu sedang giat dijalankan dan proses kemajuan kerjanya juga agak laju. Dikatakan berjuta-juta meter padu tanah dan air telah dipindahkan setiap minggu. Manakala, beberapa kerja asas tapak juga telah berjaya disiapkan.

The Line merupakan sebuah bandar moden dan mewah yang belum pernah lagi dilaksanakan di mana-mana tempat di seluruh dunia. Pembinaan projek terbesar ini akan menjadi sebuah bandar termaju dengan gaya dan kualiti hidup baru.

Fasa pertama projek dijangka akan siap pada tahun 2030. Oleh sebab itu, kerja-kerja pembinaan sentiasa bergerak sepanjang masa bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

Mungkin terlalu awal untuk menilai sejauh mana projek ini dapat dilaksanakan. Namun, projek yang dijangka dapat menampung 9 juta penduduk itu tidak mustahil untuk disiapkan mengikut perancangan yang telah diluluskan. Apabila ia siap, ia akan menghimpunkan sebuah komuniti, ekonomi, infrastruktur, alam semula jadi dan teknologi mampan dalam satu bandar moden mewah yang terbesar dan terpanjang di dunia.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.


* Sekiranya terdapat pindaan/tambahan/pembetulan terhadap artikel di atas, sila maklumkan kepada kami melalui komen di bawah atau di pautan ‘contact’.

Sumber: Neom

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *