Tiada perancangan untuk membina Disneyland di Melaka. Kenyataan itu disahkan sendiri oleh pihak Disney kepada wartawan CNN, Heather Chen yang menghubungi mereka selepas Exco Negeri Melaka mengumumkan tentang pembukaan taman tema itu pada tahun 2027.

Heather Chen dalam menghantar ciapan di twitternya tentang penjelasan yang diterima olehnya dari pihak Disney, bagaimana pun, dia memadamkannya semula atas arahan pihak Disney.

Kemudian, dalam ciapannya selepas itu menjelaskan situasi sebenar.

“Ciapan saya telah dipadam atas arahan Disney”.

Dia, bagaimana pun, memberitahu penjelasan asal yang diterimanya tetap sama iaitu tiada perancangan pembikinan Taman Tema Disney di Melaka. Laporan awal hanya spekulatif dan salah maklumat.

Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis telah memberitahu wartawan pada Rabu 16 November 2022 yang taman tema pertama di ASEAN itu akan dibina di Melaka.

Merujuk kepada NST, Taman Tema Disneyland dan Disney City akan dibina di atas tanah seluas 80.9 hektar di Jasin dengan kos anggaran RM2 Bilion.

Foto via

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 1
  • 22
  • 541,483