Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat / Kota Bharu – DOUBLE STOREY HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

Projek rekabentuk DOUBLE STOREY HOUSE ini merupakan siri rekabentuk bagi projek rekabentuk TWO STOREY HOUSE yang pernah dicadangkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2014. Perbezaan dengan TWO STOREY HOUSE ialah dari segi bumbugnya. Jika TWO STOREY HOUSE direka bentuk bumbung dengan condong ke depan, tetapi rekabentuk ini dicondongakan ke sisi.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Seperti TWO STOREY HOUSE, rekabentuk rumah ini mengandungi 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Tingkat bawah ialah ruang keluarga, ruang makan dapur dan bilik tidur 4. Manakala tingkat atas pula ialah bilik tidur utama, bilik tidur 2 dan bilik tidur 3.

Dari segi ketinggian, rekabentuk rumah ini tidak ditinggikan melebihi 1 kaki tetapi dinaikkan sebanyak 100 mm sahaja dari aras tanah.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Pelan lantai rekabentuk ini didahului dengan tempat letak kereta sebelum ke ruang tamu yang disambut dengan ruang foyer. Di sebelah ruang tamu ialah ruang makan dan seterusnya ialah bilik tidur 4 dan ruang dapur.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Tangga terletak ditengah yang mempunyai bukaan tingkap untuk pencahayaan dan pengudaraan ketika melalui tangga tersebut. Sampai di atas, arah kanan ialah bilik utama manakala arah kiri pula, ke bilik tidur 2 dan 3. Setiap bilik tidur mempunyai bilik air. Bilik tidur utama ada kelebihan balkoni atau pun anjung yang menghadap jalan.

VIDEO – YT

Tempat letak kereta dapat memuatkan 2 buah unit kenderaan.

  • DOUBLE STOREY HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation
  • Keluasan: 2500 kps
  • Tahun: 2014
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation Studio
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *